Saturday, September 27, 2014

As salam...
Tik tik tik...bunyi hujan rintik rintik. Cuaca petang ni agak suram dan mendung. Teringat cikin kepada beberapa potret keluarga yang cikin hasilkan dengan suntikan quilling.



Seronok melihat gambar-gambar mereka. Semoga berbahagia selama-lamanya, insyaAllah ;)

Friday, September 26, 2014



Tempahan sempena hari lahir. Semoga sentiasa dipanjangkan umur dan berada di bawah rahmatnya...
Perkahwinan itu membahagiakan. Dua hati yang saling mencintai, melalui liku-liku kehidupan, susah dan senang ditempuhi bersama...
Hadiah dari si isteri buat suami tercinta. Tugasan yang agak mencabar bagi menghasilkan sesuatu yang dapat menawan hati si suami.

Thursday, September 25, 2014

As salam... sambungan dari cerita semalam, beberapa hasil 'quilling' pada awal 2014. Temanya bersempena Hari Guru. Banyak juga tempahan diterima tapi mujurlah dapat disiapkan semuanya untuk tatapan guru-guru tersayang.


Selain hasil 'quilling' yang dibingkaikan, cikin juga ada terima tempahan penanda buku. Berusaha juga pusing-pusing di GM, KL untuk cari pembungkusnya.




Bagi cikin, memang penat sangat. Tapi, berbaloi bila melihat senyuman yang terukir di bibir rakan-rakan yang membuat tempahan. Terima kasih semua ;)

Wednesday, September 24, 2014

Walaupun di tengah kelewatan malam...cikin tetap ingin  berkongsi dengan anda semua antara hasil-hasil 'quilling' sepanjang 2014 ini...
Ditempah khas dari bumi bersejarah, Melaka. Antara hasil kerja Cikin yang paling memuaskan hati...hampir 2 minggu juga nak menyiapkannya. Saiz bingkai ni lebih kurang saiz A3. Sedikit sentuhan 'metallic quilling paper' bagi menyerlahkan lagi hasil 'quilling' ini. Oklah...sampai sini saja, selamat malam semua. Assalamualaikum ;)